Tujahan cahaya matahari pagi menampar di bilikku. Aku harus bersiap sedia untuk pergi ke tempat kerja. Selepas bersarapan, aku terus pergi ke tempat kerja. Seperti biasa, aku akan bertemu Lisa dan pergi kerja bersama-sama. Lisa bagaikan adikku. Kami selalu bersama. Jika dia ada masalah, aku selalu akan menolong dia.
Tiba di pejabat, Lisa membisu sahaja. Aku hairan dengan reaksinya. Dia selalu bising dan banyak berbual. Aku tahu pasti Lisa sedang menghadapi masalah. Aku terus ke sisinya dan bertanya dia apa masalahnya. Dia terus menarik aku ke ruang makan dan berbisik kepadaku bahawa dia ingin wang untuk membayar sewa rumah, jika dia tidak bayar, rumahnya akan ditarik.
Aku terperanjat mendengar masalah Lisa. Aku tidak sangka Lisa boleh menghadapi masalah seperti itu. Selalunya, dia akan berlagak orang kaya di depanku. Walauapapun, aku tetap menumpang rasa risau terhadap Lisa. Aku tidak mahu dia hidup di tepi pantai esok lusa. Aku menanya berapakah wang yang dia perlukan, Lisa berkata dia perlukan 10 ribu dolar untuk membayar rumah. Aku terperanjat. Dengan segera aku memberitahunya aku tidak boleh meminjamkan dia 10 ribu dolar. Aku dengan segera mengangkat kaki dari ruang makan tersebut dan memberi alasan bahawa aku mempunyai banyak kerja dan harus diselesaikan. Lisa kelihatan sedih dan malu.
Di ruangan pejabat, aku asyik memikirkan terus kata-kata Lisa tadi. Aku kasihan dengan dia. Aku faham perasaanya yang takut dan risau. Pasti dia memikirkan tentang itu sebab itu dia berdiam tadi bisik hatiku. Aku sudah membuat keputusan untuk meminjamkan dia enam ribu dolar sahaja. Tetapi aku masih berfikir adakah aku harus berbincang dengan ibu.
Di dalam perjalanan, aku memberitahu Lisa supaya melupakan masalahnya . Aku juga menasihatinya bahawa aku akan berusaha menolongnya. Lisa kelihatan agak tenang waktu itu. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Tiba di rumah, aku memberitahu ibu bahawa Lisa perlukan wang. Dia hendak pinjam sepuluh ribu dolar untuk membayar rumah. Ibu amat terkejut mendengar bahawa Lisa ingin pinjam wang sebanyak sepuluh ribu dolar. Ibu terus memberitahu aku supaya berjauhan dengan Lisa. Ibu tidak membenarkan aku meminjamkan wang sebanyak sepuluh ribu dolar kepada Lisa. Ibu terus menjadi marah dan kesal dengan Lisa.
Keesokan hari, aku membuat keputusan untuk meminjamkan Lisa enam ribu dolar. Aku tidak sampai hati melihat dia dalam keadaan begitu. Di pejabat, aku memanggil Lisa ke ruanganku. Aku memberinya sampul surat. Di dalamnya ada wang sebanyak enam ribu dolar. Aku memberitahu kepadanya supaya memulangkan wang itu pada akhir bulan ini kerana aku juga perlukan wang untuk membiayai ayah dan ibuku.
Akhir bulan hampir tiba. Aku meminta wang itu dari Lisa. Lisa memberitahu aku bahawa dia perlukan sedikit masa. Aku memberi Lisa masa untuk membayar aku wang itu. Hingga sekarang, Lisa masih belum membayar hutangnya. Aku sudah tidak nampak batang hidungnya di pejabat dan apabila aku menghubunginya, selalu gagal. Aku cuba menelefon telefon rumahnya juga tidak dapat. Menyesal dan marah silih berganti. Aku sangat menyesal kerana meminjamkan dia wang dan sekarang dia menipu aku. Aku tidak memberitahu ibu tentang ini kerana aku pasti ibu akan memarahi aku. Aku sangat menyesal kerana mempercayakan dia. Sekarang aku sedar betapa pentingnya untuk aku membuat keputusan yang bijak sebelum membantu orang. Aku juga tidak boleh mempercayai orang dengan mudah. Aku juga menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu.
No comments:
Post a Comment