Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu. Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai. Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali. Tangan Mak Munah menggeletar dan pertanyaanku itu tidak terjawab. Aku sangat risau dan menjadi tidak tentu arah. Kehilangan Lisa membuat aku menjadi bimbang dan runsing. Aku memarahi Mak Munah kerana tidak menjaga Lisa dengan betul. Bendungan air mata Mak Munah pecah. Aku membuat laporan polis dengan segera.
Lisa dipercayai sedang bermain di taman permainan di hadapan rumah kami bersama Mak Munah. Mak Munah dalam perjalanan ke kedai runcit tetapi terlupa hendak membawa beg duitnya bersama. Lalu, dia berlari pulang ke rumah untuk mengambil beg duitnya dan meninggalkan Lisa keseorangan di taman permainan.
Sudah sehari batang hidung Lisa tidak kelihatan. Aku sangat rindu dengannya. Dia adalah satu-satunya anakku. Keadaan di rumah pada hari Sabtu itu sunyi sepi tanpanya. Selalunya, aku akan mengajak Lisa pergi ke taman di hadapan rumahku untuk berbasikal. Wajah Mak Munah aku sudah serik melihatnya. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahku jelas kelihatan . Aku tidak menyentuh pun makanan yang Mak Munah masak. Fikiranku dirasuk ingatan yang bukan-bukan. Aku tidak sabar hendak mendengar beriat tentang Lisa. Wajahnya sentiasa memenuhi kotak fikiranku.
Sebulan sudah berlalu, tetapi tidak ada khabar pun tentang Lisa. Seolah-olah aku menghidup tanpa anak. Selama ini aku berdoa Lisa akan pulang selamat. Aku sedang berada di pejabat. Tiba-tiba, telefon berdering. Polis menyuruh aku mengenalpasti mayat. Setelah aku mendengar kata-kata polis itu, aku terus menelefon suamiku.
Dalam perjalanan , mulutku berkumat-kamit membaca doa. Fikiranku terhenti seketika, berpintal-pintal , lalu kusut. Tiba di sana, polis membawa kami di ruang mayat kanak-kanak. Resah dan gusarsilih berganti. Aku berharap mayat itu bukan Lisa.
Setelah polis menunjukkan mayat itu, titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mataku. Aku langsung tidak percaya mayat itu mayat Lisa. Aku terus keluar dari ruangan itu. Suamiku percaya mayat itu adalah Lisa. Polis membuktikan bahawa mayat itu Lisa. Cap jarinya sama seperti cap jari Lisa. Akhirnya mayat itu disahkan mayat Lisa. Mukanya pucat, rambutnya yang ikal mayang menjadi botak. Dia telah didera oleh penculik. Kulit kepalanya melecet, merah padam. Dia dijumpa dalam bungkusan di dalam beg dan dicampak ke sungai.
Jenazahnya dibawa pulang. Mukaku bertukar menjadi merah padam mengenang nasibnya itu. Air mataku berlinangan tanpa henti. Aku tidak sangka anakku telah meninggalkan aku. Dia adalah anak yang cerdik dan masih kecil. Aku terharu dengan nasibnya itu. Walauapapun, aku tetap harus menerima takdir.
Hingga sekarang, perasaan sedih itu masih belum hilang. Wajahnya tetap bermain di kotak fikiranku. Nasib Lisa memang malang. Aku tidak boleh lupa kejadian itu. Aku masih tidak faham kenapa penculik itu harus membunuhnya. Dia adalah anak kecil yang tidak bersalah.
Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tidak bernisan
Sendu mengiringi perpisahan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment