Wednesday, March 31, 2010

Aku sangat sedih melihat keadaan kakakku yang kini sudah berubah sikap. Semenjak peninggalan arwah ayah, kakak menjadi semakin liar dan bersikap kurang ajar. Ibuku yang bekerja siang dan malam untuk memberi hidup kita senang sudah tidak larat melayankan sikap kakak yang terlalu degil. Dahulu kakak memang rapat dengan arwah ayah. Tanpa kehadiran ayah, ibu tidak boleh tahan dengan sikap kakak sehinggakan apabila kakak pulang lewat malam, ibu tidak mencarinya.

Kakak mungkin terpengaruh dengan rakan sekolahnya. Dahulu, kakak adalah budak yang baik. Dia selalu dengar cakap ibu dan pulang terus ke rumah selepas sekolah. Sekarang, kakak selalu pulang lewat malam. Pada waktu pagi dia pergi ke sekolah sehingga pukul dua belas malam baru dia pulang. Kakak juga sudah mula merokok dan minum. Aku pernah sesekali menasihatinya dan memberitahunya bahawa dia sudah berubah sikap. Dia langsung tidak menghiraukan nasihat aku dan menyuruh aku diam. Aku tidak boleh lakukan apa-apa. Aku cuma kasihan lihat ibu yang bekerja suntuk dan selepas itu harus menjaga anak-anaknya.

Ibu sudah memberitahu Pak Long supaya menasihati kakak. Pak Long memberitahu ibu dia akan membantu ibu menjaga kami. Walaupun ibu sudah memberitahu Pak Long, batang hidung Pak Long tidak kelihatan di rumah. Aku rasa Pak Long tidak sempat menyinggah ke rumah kami.

Pada malam itu , ibu sudah tidak tahan lagi dengan perangai negative kakak itu. Dia terlalu liar dan rosak. Kakak sangat menyusahkan ibu. Aku rasa perangai kakak itu sudah melampau dan sudah mengatasi batas. Kakak masih belum pulang lagi, sudah berjam-jam aku dan ibu menunggu tetapi batang hidungnya tidak kelihatan. Sehingga tiga pagi kami menunggu , ibu sudah tidak tahan, ibu mengajak aku mencari kakak di kolong blok dan di rumah rakannya. Ibu juga menelefon kawan baiknya dahulu, tetapi dia kurang pasti di mana kakak berada

Tiba-tiba, ibu ternampak kakak di bawah kolong blok yang jauh daripada rumah kami. Dia sedang menghisap rokok dan minum. Rakan-rakannnya semua wajah budak nakal. Ibu memekik namanya dan menamparnya. Ibu menarik tangannya dan membawanya pulang.

Setelah tiba di rumah, ibu bercakap dengan nada yang lembut. Kakak kelihatan sedih pada pertamanya tetapi tidak lama, dia masuk ke bilik dan menutup pintu dengan kuat. Aku tahu kakak sebenarnya sedang menangis di dalam bilik. Aku dapat merasakan perasaan ibu yang sedih dan kelihatan letih. Ibu berasa sangat bingung dan tidak tahu mahu membuat apa.

Keesokan hari, ibu menelefon Pak Long dan menyuruhnya datang ke rumah untuk menasihatkan kakak. Aku dan kakak tidak menghadiri sekolah kerana tidur lambat semalam kalau tidak kerana kejadian semalam. Apabila Pak Long menasihati kakak, kakak sedih. Dia memberitahu Pak Long, dia rindukan ayah. Aku pun terikut sedih melihat mereka.

Selepas dinasihati Pak Long, aku berharap kakak akan berubah sikap dan dia lihat kesalahnnya itu. Ibu juga menasihati kakak dan memberitahunya bahawa bukan dia seorang yang merindukan arwah ayah . kami juga. Hari demi hari, kakak cuba menjauhi rakan-rakannya yang nakal, tetapi dia memberitahu ibu bahawa dia sudah ketagih dengan merokok. Kami semua cuba melupakan kejadian dahulu dan memberi kakak masa untuk berubah menjadi baik.